Thursday, December 31, 2015

GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)



APA ITU BANGUNAN HIJAU
“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. . Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat dan mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut.  

Konsep bangunan hijau atau green building mungkin janggal bagi sebahagian  warga di Malaysia walau pun ciri-ciri bangunan ini telah sedia ada sejak tahun 2005. Sebenarnya, bangunan hijau adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi. Tujuan utama teknologi ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan. 


Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau apabila berhasil melalui suatu proses evaluasi untuk mendapatkan sertifikasi bangunan hijau. Di dalam evaluasi tersebut tolak ukur penilaian yang dipakai adalah Sistem Rating (Rating System ). Sistem Rating 
( Rating System) adalah suatu alat yang berisi butir-butir dari aspek yang dinilai yang disebut rating dan setiap butir rating mempunyai nilai (point). Apabila suatu bangunan berhasil melaksanakan butir rating tersebut, maka mendapatkan nilai dari butir tersebut. Kalau jumlah semua nilai (point) yang berhasil dikumpulkan bangunan tersebut dalam melaksanakan Sistem Rating (Rating System) tersebut mencapai suatu jumlah yang ditentukan, maka bangunan tersebut dapat disertifikasi pada tingkat sertifikasi tertentu. Sistem Rating (Rating System) dipersiapkan dan disusun oleh Green Building Council yang ada di Negara-negara tertentu yang sudah mengikuti gerakan bangunan hijau. Setiap Negara tersebut mempunyai Sistem Rating masing-masing. Sebagai contoh: USA mempunyai LEED Rating (Leadership Efficiency Enviroment Design), Malaysia memiliki Green Building Index, Singapore mempunyai GreenMark, dan Australia mempunyai GreenStar.



Di negara kita, system rating yang ada ialah Green Building Index (GBI)  by Green Building Sdn Bhd,  GreenPASS  by CIDB dan   pHJKR ( Penarafan Hijau JKR) oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Green building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk memberi penarafan kepada bangunanbangunan yang dibina secara mampan.  
 
Berikut ialah ciri-ciri bangunan yang diiktiraf sebagai green building adalah berdasarkan kepada kriteria berikut iaitu - 
 
a.        bangunan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient) – dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga solar atau penggunaan tenaga yang boleh diperbaharaui (renewable energy), home office connectivity dan bangunan perlulah mempunyai system penyelenggaraan yang mampan (sustainable maintenance)


b. indoor environmental quality – melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan keselesaan akustik (acoustic comfort) di dalam bangunan berkenaan. sustainable site planning and management yang mana antara lain melihat kepada sistem pengurusan air larian (stormwater management);

c. sumber penggunaan material - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan bagaimana pembinaan melaksanakan construction waste management; 

d. penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan rainwater harvesting, penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem bangunan serta water efficient in landscaping and water efficient fittings ; dan 

e. aspek inovasi bangunan dalam reka bentuk serta inisiatif environmental design yang digunakan di dalam mereka bentuk