Monday, March 2, 2009

Cara Berfikir Adalah Dari Kita Sendiri




Pernahkah kita berfikir bahawa kadang-kadang kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu masalah disebabkan kita masih lagi menggunakan corak pemikiran yang sama? Ya...mungkin kita bertanya kenapa kita perlu menukarkan corak permikiran kita. Kenapa perlu ...kerana kita masih lagi dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Tetapi berfikirkah kita bahawa kadang-kala penyelesaian yang kita dapat bukan merupakan penyelesaian yang terbaik. Atau kita masih lagi ego mengatakan bahawa penyelesaian kita adalah yang terbaik!

Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang hebat, katanya " Cara kita berfikir boleh menjadi punca kepada masalah yang kita hadapi." Untuk itu kadang-kadang kita perlu mengubah cara kita melihat sesuatu masalah. Kita disarankan berfikir di luar kotak. bagaimana? Apakah sumber untuk berubah?

Ada beberapa situasi yang boleh untuk kita berubah:


  • ilham dari Allah

  • belajar mendapatkan pengetahuan baru

  • ditimpa kesusahan

  • ditegur oleh ketua jabatan

  • disindir, dimarahi

  • dinasihati

  • dicabar di rangsang

  • dsb

Sebenarnya kita perlu "trigger " diri kita untuk berubah, Percayalah setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya. Ingatlah hati mengawal minda dan minda mengawal tindakan.





No comments: