Monday, September 28, 2009

Monday, September 21, 2009

Gog dan Magog dari pandangan Jews

Just to share with friends dapatan melalui pembacaan aku masa hari kedua Syawal baru-baru ini. Ini ialah tentang Gog dan magog atau dalam bahasa kita yakjuj dan makjuj. IDi bawah ialah rujukan dari siri perbincangan rabbi yahudi tentang Gog dan Magog.

Ezekiel 38:1-6 The word of the Lord came to me; Son of man, set your face against Gog, of the land of Magog, the chief prince of Meshech and Tubal; prophesy against him and say: 'This is what the Sovereign Lord says: I am against you, O Gog, chief prince of Meshech and Tubal. I will turn you around, put hooks in your jaws and bring you out with your whole army - your horsemen fully armed, and a great horde with large and small shields, all of them brandishing their swords. Persia, Cush and Put will be with them, all with shields and helmets, also Gomer with all its troops, and Beth Togarmah from the far north with all its troops - the many nations with you.

ANCIENT NAME

MODERN NATION

EXPLANATION

Rosh

Russia or Chief

Ancient Sarmatians known as Rashu, Rasapu, Ros, and Rus.

OR

Translated as the adjective Chief.

Magog

Central Asia

Ancient Scythians - Islamic southern republics of the former Soviet Union with a population of 60 million Muslims. This territory could include modern Afghanistan.

Meshech

Turkey

Ancient Muschki and Musku in Cilicia and Cappadocia.

Tubal

Turkey (also southern Russia and Iran)

Ancient Tubalu in Cappadocia.

Persia

Iran

Name changed from Persia to Iran in 1935.

Ethiopia (Cush)

Sudan

Ancient Cush, south of Egypt.

Put

Libya

Ancient Put, west of Egypt.

Gomer

Turkey

Ancient Cimmerians - from the seventh century to first century B.C. in central/western Anatolia.

Beth-togarmah

Turkey

Til-garimmu - between ancient Carchemish and Haran (southern Turkey).

Many peoples with you

Other Islamic nations

Possibly Iraq, Syria, Jordan, and Egypt




Menurut kitab
Ezekiel 38–39 menyatakan bahawa serangan besaran bagi menghancurkan negara Isreal akan dibuat oleh 5 negara. 5 negara ini disebut dalam 38:5–6 dengan nama yang digunakan seasa zaman Ezekiel.

Negara pertama ialah Persia, yang sekarang ialah negara moden Iran. Ia adalah sebuah negara "fundamentalist" islam yang mepunyai kekuatan senjata nuklear. Itu sebab Isreal cukup takut dengan Iran dan cadangan untuk memusnahkan nya memang dah ada.

Negara kedua ialah Ethiopia, dan ini tidak sama dengan modern Ethiopia. Dalam kitab Ezekiel Ethiopia ini terletak dalam kawasan yang dinamakan Nubia. Dan Nubia ini ialah negara Sudan sekarang ini. Juga sebuah negara Islam.

Negara ketiga ialah Libya. Ia juga sebuah negara Islam anti barat dan anti Isreal. kekuatan ketenteraan negara Islam ini dibantu oleh pakar dari timur Europa dan saintis dari blok Rusia.

Negara keempat ialah Gomer yang juga dikenali sebagai Cimmerians. Asalnya bangsa ini tinggal di utara pergunungan Caucasus iaitu di bahagian selatan Russia modern. Dalam masa Ezekiel bangsa ini telah menghuni bahagian tengah Turkey.

Negara kelima ialah Togarmah, dikenalpasti oleh Josephus sebagai Phrygians (Antiquities, I. 6, 1 [126]),yang menetap di Cappadocia, sekarang di timur Turkey.

Ini ialah negara-negara yang dinyatakan dalam kitab yahudi yang akan memusnahkan Isreal. Jadi sebelum ini ramai antara kita beranggapan bahawa yakjuj dan makjuj ialah bangsa Isreal tetapi dalam kitab mereka orang-orang Islamlah Gog dan Magog. Itu sebab Isreal dan US beria-ia cuba memusnahkan negara Islam. Harap faham semua. Untuk huraian selanjutnya kena baca buku Muhammad Alexander, dimana pengarang akan mengupas bagaimana oreintalis barat berjaya memutarkan cerita bahawa Gog dan Magog ialah orang Islam.


Gog Magog



Dalam hari-hari raya ini aku sempat membaca sebuah buku. Lama dah tak baca buku ilmiah. tajuk cukup menarik "Yakjuj & Makjuj, Bencana Di Sebalik Gunung oleh Muhamad Alexander. " Terbitan pertamanya 2009 dan sekarang dah terbitan ke lima dan ia diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.
Ia sebuah buku tentang kajian serious yang dirujuk dari sumber-sumber The Old Testament, New Testament, Dead Sea Scrolls dan kitab Talmud dan juga dari Al Quran.

Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog yang akan muncul di akhir zaman ini yang mana para orientalis barat menyatakan adalah orang islam dikupas secara ilmiah oleh pengarang.
Aku cadangkan pihak perpustakan PPD harus punya buku ini. Berikut ialah sinopsis buku ini.


Sinopsis :

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.
Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

Isi Kandungan :
Daftar Isi
Kata Pengantar
Bab 1: Inskripsi Yahudi: Sebuah Pengantar Kenapa kita perlu menelusuri Yakjuj & Makjuj dalam Inskripsi Yahudi? Inskripsi Yahudi dan Latar Belakang Pembentukannya Septuagint: Perjanjian Lama Inskripsi karya Flavius Josephus Naskah Laut Mati ’The Dead Sea Scrools’ Talmud Carta Timeline Talmud Timeline Inskripsi Yudaisme Analisis eksplorasi Sinkronik – Diakronik tentang Yakjuj dan Makjuj Usaha mengaburkan identiti bangsa Gog Magog Usaha mencemarkan nama baik Nabi Ishaq Hubungan kait Kristian Ekstrem dan Zionis yang meletakkan posisi Gog Magog sebagai gabungan negara Islam

Bab 2: Suara-suara dari Padang Gurun tentang Zulqarnain danYakjuj & Makjuj
Latar belakang Pertanyaan pendeta Yahudi tentang Zulqarnain kepada Nabi Muhammad. Senandung Padang Gurun tentang Muhammad Daud menyebutnya sebagai ”Adonai” Percakapan Yahya dengan pendeta Yahudi tentang ”Nabi yang Akan Datang” Isa menyebutnya ”Terang yang Besar” Daniel menyebut Muhammad sebagai ”batu yang meremukkan patung” Muhammad, Benang Merah senandung para nabi Orang-orang Yahudi rela tinggal di padang Paran Nabi Jeremiah (Aramia) menyebutnya ”Ehmed” Talmud Babilon menyebutnya ‘Emeth’ Yakjuj & Makjuj dalam sumber Islam Yakjuj & Makjuj di dalam al-Quran dan Tafsir Seputar Asbabun Nuzul (Sebab-sebab Turun Ayat) Epistemologi bijak yang dikongkong oleh kesombongan Adakah “bangsa yang buta huruf” mampu membaca kisah Alexander? Sifat Zulqarnain Orientalis & Evangelis, Perompak teriak Pencuri Kisah Zulqarnain adalah Plagiat? Siapakah Callisthenes ? “Kambing Jantan Bertanduk Dua” dalam Kitab Daniel Sifat Yakjuj & Makjuj di dalam Tafsir Qur’an Sifat Yakjuj & Makjuj Profil Yakjuj dan Makjuj dalam sumber-sumber Hadis Islam

Bab 3: Genealogi Yakjuj Makjuj dalam Inskripsi Yahudi
Di dalam Bible, Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog Garis Keturunan Yakjuj Makjuj dalam Yahudi Magog dalam Talmud Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, “Antiquities of the Jews” Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’’Jews Wars’ Al Qur’an bebas daripada unsur Plagiat Josephus Menggunakan Bahasa Yunani Bahasa Yunani baru dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada abad 9 M Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’The Apions’ Scythia Yakjuj Makjuj di dalam Perjanjian Baru Magog di dalam Inskripsi Gulungan Laut Mati Lokasi Gog Magog Scythia Nama Gog Magog Bukti Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran bukan plagiat daripada kitab sebelumnya

Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia adalah Gog Magog
Tafsir al-Quran Yusuf Ali: Scythia adalah Yakjuj Makjuj Kesalahan Evangelis dan Zionis: ’Scythia’ daripada nama ’Isaac’ ‘Gog’ dalam inkripsi Cylinder Ashurbanipal Assyria Suku Scythia adalah suku pertama yang berhasil menjinakkan kuda ‘Scythia’ bererti Kuda? Menjejak serapan kata GOG atau JUJ dalam bahasa Inggeris dan Jerman Kebiadaban bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Lokasi Kediaman Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Bukti Akeologi Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia mendiami di Utara (Eurasia) Timeline Gerombolan Barbar Scythia Raja-raja Scythia Lokasi Kediaman Scythia menurut Peta Kuno Yunani Saudara sebangsa Scythia adalah suku Xiongnu, Hun, Mongol, Tartar Lagu ‘Scythian Tribe’ Republik Sacha: Munculnya negeri Scythia Moden?

Bab 5: Sejarah Timur Tengah dan Yahdudi serta peranan bangsa Barbar Scythia Menelusuri jejak bangsa Yakjuj dan Makjuj Scythia dalam Sejarah Timur Tengah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta hubung kait dengan Yakjuj & Makjuj Scythia Peta Kekuasaan – Kekuasaan di Fertile Crescent – Timur Tengah tahun 700-550 SM Sinkronik-Diakronik Peradaban Timur Tengah tahun 700-550 SM Tempoh Serangan Yakjuj Makjuj Scythia

Bab 6: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Kerajaan Hitti di Urartu 743 SM
Ekspedisi Assyria Memerangi Yakjuj Makjuj Scythia Suku Barbar Scythia dan Cimmeria bersaing menakluk Urartu Yakjuj & Makjuj Menerobos Pegunungan Kaukasus ‘Rab Kisir Gimirai’ pasukan khusus Yakjuj Makjuj Cimmeria Jalur sempit keluarnya Yakjuj & Makjuj Scyhtia & Cimmeria Darial Gorge (Ngarai Darial) dan Caspian Gates Yakjuj Makjuj Cimmeria menjadi perajurit upahan Kerajaan Assyria Kerajaan Scythia di Urartu tahun 700 SM

Bab 7: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Samaria, Ibu kota Kerajaan Israel Utara tahun 721 SM
Zaman Keemasan Israel Kerajaan Israel berpecah-belah Israel melanggar janjinya sendiri, Mulai menyembah berhala patung-patung. Pembuangan Suku Israel Serangan Yakjuj Makjuj Cimmeria ke Samaria tahun 722 SM sebagai Hukuman Allah Penaklukan Raja Sargon II dalam Inskripsi Assyria Para nabi yang mengingatkan kerosakan akidah kerajaan Israel

Bab 8: Serangan Yakjuj dan Makjuj ke Niniwe Assyria tahun 612 SM
Niniwe, Ibukota Kerajaan Assyria Faktor-faktor Pendorong pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria Faktor-faktor Penarik pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria. Raja-raja Assyria dan Tempoh Kepemimpinannya Sejarah Empayar Assyria Kronologi berbaliknya Yakjuj Makjuj Scythia daripada pendukung setia Assyria, tiba-tiba berubah menjadi pemberontak Assyria. Cyaxares menjamu pasukan Scythia hingga mabuk, kemudian membunuhnya Ultimatum Raja Cyaxares I dari Media terhadap bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Pasukan berkuda Media dan Scythia bergerak ke Niniwe Mesir datang menolong Assyria Kejahatan dan Kekejaman bangsa Assyria Para Penafsir Bible menutupi peranan bangsa barbar Scythia dalam penghancuran Niniwe Raja Assyria berputus asa dengan membakar diri dan Istananya Niniwe pun dijarah dan dibakar oleh Scythia Yakjuj Makjuj Nabi-nabi Israel yang mengingatkan kehancuran Niniwe Harta karun Emas suku Scyhtia dari Rampasan di Niniwe

Bab 9: Serangan Yakjuj & Makjuj ke kota Jerusalem, Ibu kota Kerajaan Yehuda tahun 587 SM Yakjuj Makjuj Scythia menyerang Jerusalem Catatan Herodotus ketika memasuki negeri Yakjuj Makjuj Scythia Nabi Jeremia pernah tampil di Jerusalem mengingatkan datangnya Gog Magog Gabungan Scythia dan Babilon inilah ‘Periuk Mendidih dari Utara’ Dan Jerusalem pun merana Ezra / Uzair memasuki Runtuhan Jerusalem Scythia, setelah kehancuran Yerusalem Gerombolan Scythia menghancurkan Babilon

Bab 10: Nabi Yehezkiel memberi khabarkan datangnya Gog Magog
Kesalahan Kronologi Kenabian Israel menjadikan kisah Gog Magog dalam Bibel sulit dipahami Kelalaian Editor/Penyalin Kitab Yehezkiel Kronologi Kisah dalam kitab Yehezkiel Magog dalam Yeheziel adalah bangsa Barbar Scythia Keaslian Teks Yehezkiel 38 dan 39

Bab 11: Nabi Yunus mengingatkan Kota Niniwe tentang Ancaman Yakjuj dan Makjuj
Nabi Yunus memberitakan tentang Gog Magog Gerombolan Barbar Scythia keluar dari balik pegunungan Kaukasus Raja Assyria dan penduduk Niniwe patuh pada Yunus Kisah Dakwah Nabi Yunus dan Isa Usaha penyisipan teks

Bab 12: Nahum mendapat penglihatan tentang dekatnya Kehancuran Niniwe
Kehancuran Niniwe sebagai bentuk Murka Tuhan

Bab 13: Amos dan Joel mengibaratkan keluarnya Gog Magog laksana Serangan Belalang
Siapakah Amos? Bible juga mengumpamakan serangan Yakjuj & Makjuj sebagaimana serangan Belalang. Bible menyebut Gog adalah Raja Belalang. Sifat serangan Belalang dalam Bible Nabi Muhammad mengibaratkan serangan Yakjuj Makjuj seperti serangan belalang Serangan Belalang di Timur Tengah Bencana Belalang

Bab 14: Pergelutan Nabi Jeremia Mengingatkan Kebebalan Kaum Israel tentang Bahaya Gog Magog
Siapakah Jeremia? Malapetaka dari Utara adalah Yakjuj & Makjuj Alasan Nebukadnezar membawa pasukan Yakjuj Makjuj Scythia Jeremia diutus bagi mengingatkan tentang bahaya munculnya Yakjuj Makjuj ke atas Jerusalem Bukti Pendapat Jeremia memberitakan tentang keluarnya gerombolan Yakjuj Makjuj Scythia. Gelar pasukan Gog Magog yang dipakai Jeremia Dalam Jeremia, Gog Magog disebut sebagai gandar besi Bani Israel Judea Jerusalem berlindung pada Mesir Juj = Gog = Yoke = Joch Nabi Jeremia dipenjara oleh Bani Israel Yehuda. Jerusalem hancur secara total Scythia, setelah kehancuran Jerusalem Scythia Yakjuj Makjuj menghancurkan Babilonia

Bab 15: Keluarnya Yakjuj & Makjuj Pada Akhir Zaman dalam Inskripsi Yahudi Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman di dalan sumber-sumber Islam Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman petanda Kiamat sudah dekat Mungkinkah Sejarah Terulang? Ramalan keluarnya Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) dalam Inskripsi Yahudi Ramalan Merajalelanya Gog Magog di dalam Perjanjian Lama Ramalan keluarnya Magog dalam Talmud Babilon Perjanjian Baru: Gog Magog sebagai pasukan Iblis yang terlepas.

Bab 16: Jawapan atas Distorsi Evangelis Barat tentang Gog Magog
Pendapat Evangelist dan Zionist tentang Gog Magog Jawapan atas Distorsi Kesimpulan Bibliografi Indeks

Saturday, September 19, 2009

Mencari Makna Hari Lembaran



Setiap Shawal datang aku sering tertanya


1. Kenapa bila mendengar takbir di pagi raya aku terasa sayu menghambat hati. Adakah takbir pagi raya versi kita perlu ikut takbir di tanah suci yang bersemangat bagi meraikan hari kemenangan. Ironinya hari kemenangan di negara kita penuh sayu dan hari kemenangan di negara lain gumbira dan bersemangat. Tetapi memang tiada "feel" dengar takbir dia orang. Aku masih ingat masa aku muda-muda dulu sempat sembahyang di sebuah masjid di Ames, bila takbir raya biasa aje....walau pun duduk di perantauan.


2. Kenapa bila bersalaman di hari raya kebanyakan salamannya tidak erat dan kuat. Kekadang dengan hujung jari sahaja. Kekadang tiada kata-kata maaf pun, atau pun maaf itu dibuat secara telepati. Salam dihujung jari tanpa apa-apa vokal. Adakah ia satu ritual yang bersifat simbolik sahaja, kerana atas kefahaman aku kemaafan sesama insan ini harus dilakukan segera. Tapi di musim-musim begini jangan pula berlaga pipi macam di negara-negara arab, sekarang ni musim H1N1...bahaya sheik.

3. Kenapanya bila sahabat buat open house, kekadang sampai 5 rumah dalam satu hari. Tak bolehke nak "arrange" kan supaya satu hari satu....baru ada feel.

4. Kenapa ye bila berhariraya ada anak-anak kita tidak mahu bersama berhariraya. Adakah pada mereka hariraya adalah sama seperti hari-hari kebesaran yang lain yang tidak ada makna pada mereka hanya sekadar ketupat, lemang, rendang kerbau, kari ayam dan kembang api (pinjam dari bahasa seberang) yang dilihat sebagai satu hari bersosial. Atau adakah kita telah alpa untuk menyediakan satu suasana pembelajaran di bulan yang baik ini supaya anak-anak kita dapat menghayati dan merasai pengalaman sosial yang bermakna dan pengalaman spiritual hari kemenangan ini. Bersolat Idulfitri, bertakbir, bersilaturahmi dengan orang tua, sanak saudara, jiran tetangga, atau berziarah ke kubur.

Kepada staf JKA aku Maaf Zahir dan Bathin di hari yang Mulia ini.

Minal Aidin wal Fa idzin Mohon Maaf Lahir Dan Bathin .