Setiap Shawal datang aku sering tertanya
1. Kenapa bila mendengar takbir di pagi raya aku terasa sayu menghambat hati. Adakah takbir pagi raya versi kita perlu ikut takbir di tanah suci yang bersemangat bagi meraikan hari kemenangan. Ironinya hari kemenangan di negara kita penuh sayu dan hari kemenangan di negara lain gumbira dan bersemangat. Tetapi memang tiada "feel" dengar takbir dia orang. Aku masih ingat masa aku muda-muda dulu sempat sembahyang di sebuah masjid di Ames, bila takbir raya biasa aje....walau pun duduk di perantauan.
2. Kenapa bila bersalaman di hari raya kebanyakan salamannya tidak erat dan kuat. Kekadang dengan hujung jari sahaja. Kekadang tiada kata-kata maaf pun, atau pun maaf itu dibuat secara telepati. Salam dihujung jari tanpa apa-apa vokal. Adakah ia satu ritual yang bersifat simbolik sahaja, kerana atas kefahaman aku kemaafan sesama insan ini harus dilakukan segera. Tapi di musim-musim begini jangan pula berlaga pipi macam di negara-negara arab, sekarang ni musim H1N1...bahaya sheik.
3. Kenapanya bila sahabat buat open house, kekadang sampai 5 rumah dalam satu hari. Tak bolehke nak "arrange" kan supaya satu hari satu....baru ada feel.
4. Kenapa ye bila berhariraya ada anak-anak kita tidak mahu bersama berhariraya. Adakah pada mereka hariraya adalah sama seperti hari-hari kebesaran yang lain yang tidak ada makna pada mereka hanya sekadar ketupat, lemang, rendang kerbau, kari ayam dan kembang api (pinjam dari bahasa seberang) yang dilihat sebagai satu hari bersosial. Atau adakah kita telah alpa untuk menyediakan satu suasana pembelajaran di bulan yang baik ini supaya anak-anak kita dapat menghayati dan merasai pengalaman sosial yang bermakna dan pengalaman spiritual hari kemenangan ini. Bersolat Idulfitri, bertakbir, bersilaturahmi dengan orang tua, sanak saudara, jiran tetangga, atau berziarah ke kubur.
Kepada staf JKA aku Maaf Zahir dan Bathin di hari yang Mulia ini.
Minal Aidin wal Fa idzin Mohon Maaf Lahir Dan Bathin .…
No comments:
Post a Comment