Saturday, December 18, 2010

Model Ekonomi Baru

Brif Tentang Model Ekonomi Baru

MEB telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 31 Mac 2010. Ia menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum.

Lapan inisiatif itu ialah:
• Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
• Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
• Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
• Memperkukuhkan sektor awam;
• Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
• Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
• Meningkatkan sumber pertumbuhan, dan
• Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Mengumumkan laporan MEB pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, Perdana Menteri menjelaskan lapan inisiatif itu saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh.

No comments: