Penakik pisau seraut
Ambil galah batang lintabung
Seludangnya buatkan nyiru
Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terbentang jadikan guru
Alam terbentang sebagai rujukan kehidupan. Tinggi falsafahnya.
Pantun seterusnya...
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Yang uniknya pantun ini ialah bagaimana masyarakat melayu dulu mencari punca kesilapan/kekurangan pada diri mereka dulu sebelum mencari kesalahan orang lain. "Self-reflective" le ni.Sekarang zaman dah berubah dan mengakui kesilapan diri mungkin boleh menjatuhkan maruah yang tinggi "self-esteem"nya. Mungkin. Atau mungkin juga kerana sering didendangkan lagu "Bangau...oh bangau...kenapa kau kurus" yang sering menunding jari kepada orang lain.
Teringat kata-kata Mamat dari Mambau..."Lu fikir lah sendiri..."
Reflective Practice Is As Much A State Of Mind As It Is A Set Of Activities. Reflective is Learning, a practice of periodically stepping back to ponder the meaning of what has recently transpired....
Sunday, January 25, 2009
Old School (Pantun 4 dan 6 kerat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment