Seorang student yang agak rapat dengan saya, yang sering berhubung melalui SMS dan saya petik SMSnya " En XXXX..sy betul2 minta maaf dgn En. XXXX..sy tahu sy byk mgecewakn en XXXX..en XXXX tlalu baik bt sy..tima kasih byk2..wlpn sy rasa sy x dterima tp sy minta ampun minta maaf byk2."
Dari beberapa perjumpaan dengan pelajar ini, beliau cepat putus asa. Kurang tabah menghadapi dugaan. Saya sering memprovokasi dirinya..cuba melihat reaksi spontan tingkahlakunya. Beberapa kali dia SMS saya minta perjelasan...saya balas apa yang patut. Saya beritahu dia, saya akan jawab dalam blog saya. Sebenarnya saya tak mahu ianya ditonton oleh satu dunia, tapi dia SMS saya...minta alamat blog saya. Ok kalau nak betul, saya akan tulis.
Kepada individu ini, saya tidak ada apa-apa. Saya seperti manusia lain ingin melihat orang lain berjaya. Saya mahu semua pelajar saya berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Apa yang saya harapkan masalah awak telah pun selesaikan. Tumpukan tumpuan tenaga awak kepada tugas awak sebagai pelajar di PPD ini. Masalah yang lepas biarkan ianya berlalu dan jadikan ikhtibar dan panduan hidup awak. Peribahasa Cina ada menyatakan " Dengan melihat cermin, kita dapat membetulkan topi kita" Dengan melihat masalah yang lepas kita dapat memperbaiki diri kita. PULL STOP.
No comments:
Post a Comment