APA ITU BANGUNAN HIJAU
“Green Building” atau
istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan
teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran
pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. . Bangunan hijau
memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat dan mengurangkan
kos operasi dan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan nilai hak
milik bangunan tersebut.
Konsep bangunan hijau atau
green building mungkin janggal bagi
sebahagian warga di Malaysia walau pun
ciri-ciri bangunan ini telah sedia ada sejak tahun 2005. Sebenarnya,
bangunan hijau adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi.
Tujuan utama teknologi ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan terhadap alam
sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan.
Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau
apabila berhasil melalui suatu proses evaluasi untuk mendapatkan sertifikasi
bangunan hijau. Di dalam evaluasi tersebut tolak ukur penilaian yang dipakai
adalah Sistem Rating (Rating System ). Sistem Rating
( Rating System) adalah
suatu alat yang berisi butir-butir dari aspek yang dinilai yang disebut rating
dan setiap butir rating mempunyai nilai (point). Apabila suatu bangunan
berhasil melaksanakan butir rating tersebut, maka mendapatkan nilai dari butir
tersebut. Kalau jumlah semua nilai (point) yang berhasil dikumpulkan bangunan
tersebut dalam melaksanakan Sistem Rating (Rating System) tersebut mencapai
suatu jumlah yang ditentukan, maka bangunan tersebut dapat disertifikasi pada
tingkat sertifikasi tertentu. Sistem Rating (Rating System) dipersiapkan dan
disusun oleh Green Building Council yang ada di Negara-negara tertentu yang
sudah mengikuti gerakan bangunan hijau. Setiap Negara tersebut mempunyai Sistem
Rating masing-masing. Sebagai contoh: USA mempunyai LEED Rating (Leadership
Efficiency Enviroment Design), Malaysia memiliki Green Building Index, Singapore
mempunyai GreenMark, dan Australia mempunyai GreenStar.
Di negara kita, system rating yang ada ialah Green Building Index (GBI)
by Green Building Sdn Bhd, GreenPASS
by CIDB dan pHJKR ( Penarafan Hijau JKR) oleh Jabatan
Kerja Raya Malaysia. Green
building Indeks (GBI) telah dirangka oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan
The Assosiation of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) yang bertujuan untuk
memberi penarafan kepada bangunanbangunan yang dibina secara mampan.
Berikut ialah ciri-ciri bangunan yang
diiktiraf sebagai green building adalah berdasarkan kepada kriteria berikut
iaitu -
b. indoor environmental quality – melihat kepada kualiti udara, pencahayaan, visual dan keselesaan akustik (acoustic comfort) di dalam bangunan berkenaan. sustainable site planning and management yang mana antara lain melihat kepada sistem pengurusan air larian (stormwater management);
c. sumber penggunaan material - melihat kepada jenis material yang digunakan, di mana menggalakkan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan bagaimana pembinaan melaksanakan construction waste management;
d. penggunaan air yang efisien – menggalakkan penggunaan rainwater harvesting, penggunaan semula air (water recyling) dalam sistem bangunan serta water efficient in landscaping and water efficient fittings ; dan
e. aspek inovasi bangunan dalam reka bentuk serta inisiatif environmental design yang digunakan di dalam mereka bentuk
1 comment:
TQQ sangat membantu dalam tugasan assignment saya..saya ambil ilmu ni ya encik..terima kasihh banyak-banyak dan minta halalkan
Post a Comment