Monday, December 28, 2015

KONTRAK PRESTASI TENAGA (ENERGY PERFORMANCE CONTRACT) DI BANGUNAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN.



Pengenalan.
Penggunaan tenaga dalam bangunan semakin meningkat dari tahun ke tahun sejajar dengan  usia bangunan, penambahan penghuni dan peralatan dan peningkatan tarif tenaga. Bermula pada tahun 2011, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melaksanakan program pilot penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan dan agensi kerajaan. Pendekatan yang dibuat ialah melalui inisiatif dan aktiviti amalan kecekapan dan penjimatan tenaga tanpa kos dan berkos rendah (Low hanging fruits). Program pilot ini melibatkan 105 buah bangunan kerajaan; 12 bangunan kerajaan di Putrajaya dan 93 buah bangunan di luar Putrajaya.  Sasaran penjimatan ialah 10% untuk 12 bangunan di Putrajaya dan 3% bagi 93 bangunan di luar Putrajaya. Kesemua bangunan ini telah berjaya menghasilkan penjimatan dalam bil elektrik iaitu sebanyaka 134GigaWatt/jam yang bersamaan dengan RM41.8 juta.

Program  penjimatan tenaga ini perluaskan lagi memandangkan ianya mempunyai potesi yang besar dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan. KeTTHA bersama Kementerian Kewangan telah membuat kajian bersama dan hasilnya satu strategi pengurusan tenaga yang cekap  iaitu kontrak  Prestasi Tenaga atau Energy Performance Contracting (EPC) diperkenalkan di bangunan kerajaan.  KeTTHA dan Kementerian Kewangan telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 23 Januari 2013 bagi pelaksanaan EPC di bangunan milik kerajaan.




Intipati Utama Kaedah Pelaksanaan EPC adalah seperti berikut:

1.      Objek sebagai (OS) 23000: Perhubungan dan Utiliti boleh digunakan untuk pembayaran EPC yang dilaksanakan oleh Syarikat Perkhidmatan Tenaga atau Energy Sercise Company (ESCO) yang berdaftar. Pembayaran dibuat dibawah Sub-kepala 29000: Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain yang dibeli dan Hospitaliti yang boleh dibuat oleh Pegawai Pengawal yang diberi kuasa melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 2009, para 3.3.2. Pegawai Pengawal di setiap  agensi mempunyai kuasa untuk membuat pengubahsuaian peruntukan yang sewajarnya daripada (OS)23000 kepada OS29000 untuk membiayai pembayaran kepada ESCO jika peruntukan tidak mencukupi di bawah OS29000.

2.      Proses pelaksanaan EPC seperti tender/Request For Proposal, penubuhan Jawatankuasa Penilaian dan Yeknikal, perlantikan perunding/facilitator, syarikat ESCO yang berkelayakan, pemantauan pelaksanaan dan prestasi penjimatan mengikut keperluan peruntukan sedia ada.

3.      Suruhanjaya Tenaga (SC) merupakan pihak berkuasa yang akan mengawalselia pelaksanaan EPC melalui proses akreditasi ESCO, mengesahkan potensi perjimatan EPC yang ditentukan oleh ESCO dan memastikan peralatan kecekapan tenaga yang akan digunakan dalam EPC menepati piawai yang ditetapkan.

4.      ESCO yang ingin melaksana EPC di bangunan kerajaan perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 222801: Perkhidmatan Teknologi Hijau dengan menggunakan perkataan “Audit Tenaga dan Retrofit”. ESCO yang ingin berdaftar di bawah kod bidang tersebut hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan ST berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh ST.

5.      Dalam melaksanakan EPC juga,agensi hendaklah mempastikan perbelanjaan pelaksanaan EPC tidak melibatkan sebarang tambahan perbelanjaan malahan ia mesti memberi penjimatan kepada kerajaan.

Rujuk Suruhanjaya Tenaga: http;//www.st.gov.my



Definisi EPC.

Kontrak  Prestasi Tenaga atau Energy Performance Contracting (EPC)  adalah satu usaha  yang praktikal untuk penjimatan tenaga yang ketara  melalui pelaburan langsung oleh Syarikat Perkhidmatan Tenaga atau Energy Services Company(ESCO) dengan "Kos Sifar"  kepada pemilik. Pulangan daripada pelaburan akan digunakan untuk membayar balik ESCO hanya daripada penjimatan tenaga sebenar yang dicapai  hasil daripada pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga yang dilaksanakan oleh  ESCO berdasarkan kontrak berkongsi penjimatan dengan syarat-syarat  yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.  Dengan kata lain, ESCO akan mengeluarkan modal penjimatan tenaga untuk tujuan retrofittings, yuran pengurusan, bayaran kepada bank penaja dan kos penyelenggaran semasa tempoh kontrak dan kos dari penjimatan tenaga akan dibayar kepada ESCO berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.



No comments: