Wednesday, December 9, 2015

MULUT ISTERI MENCETUSKAN DOSA

Mulut Isteri Mencetuskan Dosa
Dalam sesetengah keadaan, suami menjadi mangsa bahana mulut dan lidah isteri. Mungkin kerana kesabaran yang tinggi atau sudah lali dengan sikap isteri, rumahtangga yang dibina masih boleh bertahan. 
Semoga balasan syurga menanti suami sebegini.
Kebanyakan isteri tidak sedar mulutnya penyebab utama keruntuhan rumahtangga yang dibina bersama. Hal ini kerana setiap ungkapan lidah turut menjadi doa. Dan doa itu pula mudah dikabulkan oleh Allah SWT jika sering diulang berkali-kali.
Berdasarkan pengalaman, ramai isteri dipengaruhi rasa cemburu yang keterlaluan. Ada isteri yang tidak boleh melupakan kesalahan suami dengan turut membalas kesalahan suami dengan turut melakukan kecurangan. Dan tidak kurang juga menuduh suami curang hanya kerana panggilan telefon ataupun SMS.
Kalau anda seorag isteri, cuba renung sejenak apakah kata-kata anda semalam kepada suami?
Adakah seperti ini:-
“SMS lagi, perempuan mana pula tu?”

“Tu nak telefon janda manalah tu...”

“Balik lambat, ada dating dengan perempua mana?”
Itulah antara contoh dialog yang diungkapkan oleh lidah para isteri. Tahukah anda, setiap ucapan itu jika diulang setiap saat dan hari, sudah boleh menjadi doa?
Bayangkan jika doa itu diaminkan oleh suami, pasti dikabulkan Allah SWT.
Namun dalam keadaan ini, masih ada isteri yang tidak sedar kesetiaan suaminya. Dia tidak menerima penafian itu sebaliknya terus mengekalkan tuduhan. Malah setiap kali suami menafikan, semakin banyak pula tuduhan dilontarkan. Kesannya, suami tidak lagi rasa selesa dan mungkin dengan sikap itu suami pula tidak berminat untuk duduk di rumah lagi.
Tetapi apabila suami tidak balik ke rumah, cemburunya bertambah lagi. Lalu pelbagai sangkaan buruk boleh disenaraikan. Padahal si suami keluar dan tidak balik rumah seketika kerana tidak mahu memanjangkan isu yang ditimbulkan isteri.
Percayalah jika perkara ini terus berlaku tanpa ada keinsafan daripada isteri, suami akan benar-benar mencari perempuan lain. Jika dia beriman, tentu dia akan berkahwin dengannya, tetapi jika ia tidak beriman, takut-takut berlakunya penzinaan. 
Naudzubillah!
Copy dari  http://raudhahjiwa.blogspot.my/2014/06/mulut-pencetus-dosa-atau-doa.html.

No comments: