Monday, February 12, 2007

definisi-definisi untuk group presentation.1

Kompetensi:
Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi/ personality trait yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya.

Kompetensi Fungsional
Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri - ciri peribadi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan.
9.
Kompetensi Generik
Kompetensi generik merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungajwab sesuatu jawatan. Kompetensi Generik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu core competencies dan professional competencies.
10.
Kompetensi Teras / Core Competencies
Kompetensi teras merujuk kepada ciri-ciri peribadi dan nilai asas yang ada kepada kakitangan perkhidmatan awam seperti disiplin, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

Latihan
Persedian pembelajaran kepada pelatih di mana fokus kepada pekerjaan yang dilakukan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.

Pembangunan Sumber manusia
Pembangunan Sumber Manusia merujuk kepada proses pembelajaran yang sediakan bagi sesuatu tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu masa yang ditetapkan dengan harapan berlakunya perubahan kepada perlakuan individu dalam organisasi.

RUJUKAN: istilah jpa- www.jpa.gov.my/daftar/
harap kekawan dalam grup aku bantule sikit.

No comments: