Thursday, February 15, 2007

satu hari di hari raya cina

i dont want to talk about my exam..no more. Now is the time to face life. semalam buat together gather dengan uncle antie who just came from seremban. buat bbq ayam, mee goreng, makan buat pauh(mempelam) yang beli kat kota bahru...manis amat tapi bukan kelantan mari, siam mari. At midnite..mulale acara main mercun. punya bising kat kawasan rumah aku. aku rasa singaporean, yang balik cuti. yang main. negara dia mereka tak main. kena kaisu sikit... nak tidur pun susah. terpaksa layan juga nengok free firework. dalam hati terfikir manale polis, kata tak boleh main mercun. ada double standard ke, atau ape-ape. aku terkejut bila ketua pengarah kastam, datuk abdul rahman abdul hamid menyatakan bahawa jabatan kastam nak kompaun RM100 serta merta jika ibubapa biarkan anak main mercun. masalahnya bukan anak yang main mercun, tapi bapa anak dan datuk nenek anak yang main. Yang muskilnya, kastam pun nak saman....macam kat MPKuantan pulak, kat bandar ni..kalau buat salah laku jalan raya, polis boleh saman, jpj boleh saman dan mpk pun boleh saman. refleksi, refleksi refleksi.

Op Sikap XI masa raya bagus turun 2.2 % dari 233 kematian ke 228. bagaimana gaknya dia kira statistik...sepatutnya dia kena ambil kira bilangan kenderaan yang ada kat jalan raya. Contoh tahun 1970 kita ada 10, 000 kereta dijalan raya, kematian katakan 100, tahun 2007 kita ada 100,000 kereta kematian 200, mana yang baik...dari 100,000 kenderaan kematian 200 atau dari 10,000 kematian 100. kita kena kira ikut kadar, bukan ikut percent...aku bukan cikgu matematik...tapi kalau ada profesor kat u boleh komen sikit alangkah baiknya...hope this festive season the percent come down...

satu lagi, aku cukup tak setuju kalau had laju diturunkan. kalau boleh dinaikkan.. sebab kalau hadlaju (adik beradik had hari ke ) diturunkan, peluang pemandu berada dijalan raya cukup lama...ikut aku untuk elakkan kesesakan jalan raya, kereta dijalan raya perlu dikurangkan, bila hadlaju dinakikan, mereka akan cepat sampai ke destinasi masing-masing...jadi cepatle kesesakan dikurangkan. Itu pendapat aku...sebab aku ni ibarat sebutir titik aje, tak memberi impak besar...tapi kat Germany, jalan rayanya tak ada had laju...betul ke.. tapi kalau kita belajar dari nature lagi jelas. Contoh di aliran sungai yang sempit, aliran air sungai mesti laju...jika dibandingkan dengan sungai yang lebar. Di sungai yang besar boleh le perlahan sikit...tak accident kalau bawa laju-laju...Semua ni perlu ada kajian. Alangke malangnya jika bawa 60 kmj accident juga, lain le bawa 200kmj, kenapa accident, sebab bawa laju....refleksi..refleksi.

aku sebagai penjawat awam malu sungguh pad anak aku bila dia orang tanya kenapa dua orang menteri bergaduh pasal Mykad....pasal kereta Myvi. Aku pun malu juga bila bantuan buku teks percuma tahun 2008 ditarik balik...Cikgu-cikgu kena sediakan jawapannya sekarang...sebab publik boleh dapat merasanya. takut bila kita pada batang hidup mereka, tak ada lagi bantuan buku teks baru jadi isu.... Yang aku malas, macam mana nak terangkan konsep "mungkir janji" pada anak-anak kita ni..Dah mula dah...aku mula teringat senikata lagu "papa nakal sangat"....papa nakal...papa jahat....

stop takat ari ni. nak brunch roti jalan cicah kari ayam + teh tarik.

No comments: