Reflective Practice Is As Much A State Of Mind As It Is A Set Of Activities. Reflective is Learning, a practice of periodically stepping back to ponder the meaning of what has recently transpired....
Bekas pengarah pendidikan malaysia telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada 8 mac 2007. Berumur 60 tahun. Semuga roh dicucuri rahmat..al fatihah.
one occasion when i saw a group of vietnamese ladies, shopping at pasar malam...lepas beli, mereka ni berkumpul duduk tepi jalan, tempat orang parking kereta...saja duduk sembang-sembang, sambil makan limau ...ternampak one of them, cuba bermain-main ngan kucing liar..warna hitam...terfikirle dalam hati..dia ni nak bawak kucing ni balik ke nak buat tom yam...pasal baru-baru ni heboh pasal orang vietnam, makan kucing dan anjing...
mujur kucingtu lari ikut minah indon, sebab indon tu offer tulang ayam.
teringat pernah jadi pekerja haram masa student dulu, visa F1, tak boleh kerja luar kampus, tapi masa satu summer kerja detassiling pokok jagung, buang bunga jagung kat ladang. takut-takut juga, kalau kena tangkap kena hantar balik...bila pergi second time pakai visa J1, visiting scholar senang sikit, boleh kerja kat mana-mana. Begitule.agak nya rasa jadi pekerja haram kat negara orang. Empaty- kalau tak pernah merasa, jadi pekerja haram...nampak minah indon dan minah vietnam pun terasa macam hina amat...
aku dapat satu invitation kat satu dinner april ni. Isteri aku mulale hints nak beli baju baru...tak kan tahun 2007 nak pakai baju lama. Kebetulan aku singgah kejab kat BP (batu pahat)...ternampakle le Carrefore, baru buka, BP MALL (kat jln kluang) dan dekat ngan Carrefore ada kedai kain namanya Prima Moda. Meriah amat...kedaini Babu punya...elah, tauke kedai jackel kat Segamattu...kat JB (dekat Kip Mart) pun ada...saja-saja gatal. Isteri aku mulale survey harga, ok juga...hampir sama ngan kat JB, cari pattern yang sesuai...tapi choices kureng, bila tanya sama assistant kedai tu (jurujual)..ada lagi ke pilihan...cara dia jawap agak sarcastic, macam menyendir pulak, ada dia cakap kain RM1000 sepasang bukan tak nak jual, tapi tak cukup tempat...isteri aku cuma tanya ada tak kain lain yang sejenis dengan yang dia nak, kenapa tak banyak pilihan....kain tu harga around Rm 250 sepasang...eh budak ni...cara di jawab pulamak...laser betul...dia ingat aku tak kenal ngan "babu" boss dia kat segamattu, nak tawar pun susah sikit. kadang-kadang cara mereka jawab ni macam membodohkan pelanggan, kat jakel ni bila mereka tanya harga pada supervisor mereka , mereka guna bahasa khas...nak kata jawa bukan, bugis pun bukan...sapa-sapa yang pernah shopping kat kedai kain jackel kat, segamat ke, JB ke, BP ke, Kuantan ke....kat Melaka (nak buka satu lagi) cuba dengar bahasa yang digunakan, dan budi bahasa jurujualnya...aku dok perhati lepas pembeli dah beli kain, atau pembeli tak beli kain, mereka selalu buat komen (antara mereka le)...penjual ek, tunjuk lagakle...macammacam le, aku kekadang tumpang share juga dengan penjual-penjualni (mat refleksi katakan le). So pada Babu, please Babu, advice your sale persons not to downgrade your customer...kedai kain ni banyak. Orang melayuni khususnya kat BPni, kalau dah terasa, payah nak pujuk....kepada supervisor lelaki yang outspoken kat Prima Moda Batu Pahattu, tune down sikit brother...don't get too excited....jangan expect awak tahu semua....ada pelanggan yang expert. Ingat customers alway right...to Babu please check your staff, maybe you ought to give courses to your sales persons...respect your customers, jangan komen lebih-lebih customers, dan jangan share komen-komen ni ngan your customer...
so, isteri saya takle beli...kain yang dia nak. Aku tak le marah sangat kat Jakelni, memang dari dulu, masa isteri aku jual kain, beli pun kat jakel segamat....aku tetap sokong kau Babu..Anyway bila balik JB, nanti dia nak pergi Jakel berdekatan Kip മറ്റ് tu, nak cari kain, katanya. kat sini, boleh tawar banyak sikit, kat BP ni, terutama dengan supervisor mamat yang kulit gelap sikittu, dapat RM10, aje...itu pun lepas telepon babu (katanya)...
so ini le refleksinya, nak beli kain tapi tak beli.
i dont want to talk about my exam..no more. Now is the time to face life. semalam buat together gather dengan uncle antie who just came from seremban. buat bbq ayam, mee goreng, makan buat pauh(mempelam) yang beli kat kota bahru...manis amat tapi bukan kelantan mari, siam mari. At midnite..mulale acara main mercun. punya bising kat kawasan rumah aku. aku rasa singaporean, yang balik cuti. yang main. negara dia mereka tak main. kena kaisu sikit... nak tidur pun susah. terpaksa layan juga nengok free firework. dalam hati terfikir manale polis, kata tak boleh main mercun. ada double standard ke, atau ape-ape. aku terkejut bila ketua pengarah kastam, datuk abdul rahman abdul hamid menyatakan bahawa jabatan kastam nak kompaun RM100 serta merta jika ibubapa biarkan anak main mercun. masalahnya bukan anak yang main mercun, tapi bapa anak dan datuk nenek anak yang main. Yang muskilnya, kastam pun nak saman....macam kat MPKuantan pulak, kat bandar ni..kalau buat salah laku jalan raya, polis boleh saman, jpj boleh saman dan mpk pun boleh saman. refleksi, refleksi refleksi.
Op Sikap XI masa raya bagus turun 2.2 % dari 233 kematian ke 228. bagaimana gaknya dia kira statistik...sepatutnya dia kena ambil kira bilangan kenderaan yang ada kat jalan raya. Contoh tahun 1970 kita ada 10, 000 kereta dijalan raya, kematian katakan 100, tahun 2007 kita ada 100,000 kereta kematian 200, mana yang baik...dari 100,000 kenderaan kematian 200 atau dari 10,000 kematian 100. kita kena kira ikut kadar, bukan ikut percent...aku bukan cikgu matematik...tapi kalau ada profesor kat u boleh komen sikit alangkah baiknya...hope this festive season the percent come down...
satu lagi, aku cukup tak setuju kalau had laju diturunkan. kalau boleh dinaikkan.. sebab kalau hadlaju (adik beradik had hari ke ) diturunkan, peluang pemandu berada dijalan raya cukup lama...ikut aku untuk elakkan kesesakan jalan raya, kereta dijalan raya perlu dikurangkan, bila hadlaju dinakikan, mereka akan cepat sampai ke destinasi masing-masing...jadi cepatle kesesakan dikurangkan. Itu pendapat aku...sebab aku ni ibarat sebutir titik aje, tak memberi impak besar...tapi kat Germany, jalan rayanya tak ada had laju...betul ke.. tapi kalau kita belajar dari nature lagi jelas. Contoh di aliran sungai yang sempit, aliran air sungai mesti laju...jika dibandingkan dengan sungai yang lebar. Di sungai yang besar boleh le perlahan sikit...tak accident kalau bawa laju-laju...Semua ni perlu ada kajian. Alangke malangnya jika bawa 60 kmj accident juga, lain le bawa 200kmj, kenapa accident, sebab bawa laju....refleksi..refleksi.
aku sebagai penjawat awam malu sungguh pad anak aku bila dia orang tanya kenapa dua orang menteri bergaduh pasal Mykad....pasal kereta Myvi. Aku pun malu juga bila bantuan buku teks percuma tahun 2008 ditarik balik...Cikgu-cikgu kena sediakan jawapannya sekarang...sebab publik boleh dapat merasanya. takut bila kita pada batang hidup mereka, tak ada lagi bantuan buku teks baru jadi isu.... Yang aku malas, macam mana nak terangkan konsep "mungkir janji" pada anak-anak kita ni..Dah mula dah...aku mula teringat senikata lagu "papa nakal sangat"....papa nakal...papa jahat....
stop takat ari ni. nak brunch roti jalan cicah kari ayam + teh tarik.